home about linkies tutorial facebook twitter follow


♥Princess Panda♥

♥Aku hadir seperti pelangi, Datang mewarna. Dan tak lama akan pergi jua. Doakan aku saat ku tiada.♥

CBOX


ARCHIEVE



CREDIT

© 2013 - Skins by Adila , basecode Mayra and re-edit by Ifa.
I'm in pain.
Sunday 11 May 2014 | 0 Comments


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  


"Aku tidak sehebat Siti Khadijah,
Aku juga tak setabah Rabiatul Adawiyah yg begitu setia dlm sengsara..
Benteng keimanan yg ku bina juga tidaklah sekuat Sarah apatah lagi kecantikanku yg tidak dpt dibandingkan dengan Balqis,
Serta..kasih yang kucurahkan tidaklah setulus Zulaikha...
Tetapi.... Jauh di sudut hati ini..
Meronta agar sentiasa ada iman menyuluh perjalanan hamba menjadi wanita yg solehah...InsyaALLAH...."

Sungguh berat dugaan yang aku tanggung. Aku tahan. Air mata.. tolong jangan jatuh. Aku tak kuat. sungguh aku lemah Ya Allah. Sunguh aku letih Ya Rabb.. kau kuatkan aku dalam menghadapi onak dan duri dalam kehidupan yang semntara ini

Kuatkan diriku dalam perjalanan untuk terus beristiqomah. Aku lemah... sangatlah lemah. Jangan biarkan aku tergapai-gapai seorang diri tanpa ada sesiapa yang mahu menarik tangan ku kembali. Menyedarkan aku bahawa ianya satu realiti. Dahagakan cinta manusia sedangkan aku lupa pada cintamu sang ilahi.. cintamu adalah segala-galanya... aku takut aku alpa dan leka terhadap keindahan dunia ini.. Ya Allah jika satu saat nanti aku jatuh cinta kembali, Jatuhkan lah cintaku terhadap orang yang juga melabuhkan cintanya terhadapmu.. agar dia dapat pimpim tanganku sekali ke syurga... Dengan izin Allah~ Amin.


Post a Comment