home about linkies tutorial facebook twitter follow


♥Princess Panda♥

♥Aku hadir seperti pelangi, Datang mewarna. Dan tak lama akan pergi jua. Doakan aku saat ku tiada.♥

CBOX


ARCHIEVE



CREDIT

© 2013 - Skins by Adila , basecode Mayra and re-edit by Ifa.
Kosong sebenarnya.
Sunday 16 November 2014 | 0 Comments


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

"Bila sampai satu masa, hati dah terlampau sakit sangat sampai diri sendiri dah lali dengan kesakitan tu."

Pandang bukit, 

          "Aku, engkau. Kita dah ditakdirkan untuk bertemu. Ini suratan takdir. Kita kena redha. Kau tolak jauh mana pun realiti, kau akan kembali ke tempat yang sama juga. Kerana semuanya takkan terjadi mengikut acuan yang kau ingini. Letak kepercayaanmu terhadap Sang Illahi. Kerana 'Dia' maha mengetahui. Yang tersimpan, yang tertutup. Mahupun yang bersuluh."


Kerana Tuhan, aku mohon kau beri aku sedikit kekuatan untuk aku menjalani hari-hariku dengan lebih tenang. Izinkan aku untuk terus mengukir senyuman. Sungguh aku lemah, sungguh aku penat. Tuhan, untuk yang terakhir kalinya, aku mohon.

Dendam juga dengki kita lontar jauh jauh. Ego serta sombong kita campak dalam laut. Sedih juga putus asa kita tanam dalam tanah. Jangan dicari kembali. Jangan ditoleh ke belakang.

Aku yang dulu mohon kau lupakan, Jahil mana aku dulu mohon kau luputkan. Ini diriku yang sekarang. Jangan kau tengok aku yang silam. Sebab nanti mungkin kau akan pertikaikan perubahan aku yang sekarang.

Aku yang dulu, 
selalu banyak cakap, 
Gelak tanpa sebab.
Aurat pun dianggap leceh,
Ikhtilat? hmhm so.. so 
Biadap nya aku yang dulu?

Ya, aku mengaku.

Geleng kepala.


MasyaAllah, Sebab tu aku kata jangan ingat aku yang dulu.

Sebab aku mungkin tidak akan kembali kepada diriku yang dulu. Silap, aku 'Takkan' kembali kepada aku yang dulu.

Jadi ingat aku yang sekarang ja.

Tahu?

Boleh terima?

-Gadis Sebelah Pintu.













Post a Comment