home about linkies tutorial facebook twitter follow


♥Princess Panda♥

♥Aku hadir seperti pelangi, Datang mewarna. Dan tak lama akan pergi jua. Doakan aku saat ku tiada.♥

CBOX


ARCHIEVE



CREDIT

© 2013 - Skins by Adila , basecode Mayra and re-edit by Ifa.
Camping part 2
Monday 15 December 2014 | 0 Comments


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

"Kau pergi sini, sebab apa?"

"Nak lupakan seseorang. Nak tenangkan fikiran."
"Dapat lupakan orang tu tak?"

"Dapat... jugaklah." Senyum

13.12.2014

Okay esoknya. Kena bangun pukul 5 pagi. Ya Allah liat sungguh nak bangun. Mungkin sebab tak lena tidur. Asyik terjaga dari tidur ja malam tu. Solat subuh pun mengantuk sangat. Sampai tersengguk-sengguk kepala time dengar tazkirah. Time duk lena tu tetiba "Pap!"Junior tampar bahu. Waduhh. ahaha "Kak Ama. Jangan Tidur, Kak sakit ke?" Tak dinafikan, Pening kepala pagi tu. Junior Roommate tu baik sungguh. Nisa namanya. Dia siap bawak minyak cap kapak. Mungkin dia tengok orang pening kepala bila bangun tidur. Dia bawak minyak cap kapak sekali pergi solat subuh. Dia siap offer nak urut. Aku je kata tak payah. Kata dia muka aku macam sakit. Ni sebab tak tidur awal la ni. Tidur pulak asyik terjaga, Mana tak terjaga? ada orang mengigau malam tu. Nisa time night walk tu siap kata "Kak Ama jangan lepas bahu nisa tau?" Sian tengok dia. Pucat je muka dia malam tu.

Pagi tu jumpa Yana, Rau dengan Syifa. Sarapan sekali dengan diorang satu talam. Bercerita pasal bilik diorang. Semua kata tidur lena ja. Aku sorang jelah yang tak tidur lena. Pagi tu siap pakai jaket semua, nak rentas sungai Perak pulak. Kalini boleh duduk dengan geng sekali. Naik bot pergi seberang, Yana acah acah buat titanic. Syifa dengan Rau gelak memanjang. Seronok gila. Pergi seberang tu asyik buat lawak pasal jaket keselamatan bertulis 'Ha Ji' di bahagian belakang. Ni semua idea Yana ni ahaha. Lepastu, asing kumpulan, nasib kumpulan sekali dengan Yana. Lepastu ada permainan sikit. Then, terus rentas sungai. Kalini tak guna boat. Kita guna kaki ye kawan-kawan. Duduk belakang Yana. Habis basah kasut, baju lencun masuk dalam sungai Perak. Sejuk~ Duduk belakang asyik gelak dengan Yana. Dalam duk gelak masuk sungai tu, ada terfikir "Ular takkan takde kot?" Dalam terfikir tu tak rasa takut sangat sebab ramai orang. Kahkah. Dia ada checkpoint dia. Sampai satu tempat ada game lagi. Yang paling tak boleh lupa sekali permainan teka peribahasa. Sorang ahli kena buat gaya, lepastu yang lain kena teka apa peribahasa tu. Time tu macam-macamgaya  ahli kitorang tu buat. Gelak dengan Yana tak henti. Sekali tu Ahli yang buat gaya tu tak tahan sangat dia terus selam dalam sungai then letak dua-dua kepala atas kepala. Lepas game tu aku dengan Yana tanya apa peribahasa dia tu dia kata 'Cendawan tumbuh selepas Hujan' pakat gelak macam orang tak betul. Then, kitorang teruskan perjalanan merentas sungai. Ni macam explorace pulau jugaklah. Dengan kasut Hitam tu lah aku bawak masuk sungai. Tercabut nanti hmm faham faham jelah, kena beli baru.


Ni Chalet Fasalitator. Nak cari gambar chalet peserta tak jumpa.

 

Habis checkpoint tu kitorang sampai dekat bukit. Junggle trekking pulak. Then turun dekat satu tempat. Macam padang tempat tu, tepi sungai. Kat situ kitorang makan dengan minum. Nikmat dia toksah tanya lah.
Kat situ diorang asing lelaki wanita. Yang best pasal kem ni adalah diorang asing lelaki dengan perempuan dalam setiap aktiviti. Kira susah jugak nak jumpa budak lelaki kat sini. Time makan dengan solat baru jumpa. Budak lelaki mandi sungai lepas makan. Aku dengan geng ambik peluang basuh kasut tepi sungai. Kotor kut masuk lumpur semua. Then, bila lelaki habis main sungai diorang terus pergi solat. Now, geng perempuan pulak mandi sungai. Part ni yang paling best sekali. Main floating atas air. Seronok tak terkata. Lepastu kitorang terus solat dekat atas padang tu beralaskan jaket. Bagusnya coach tu akan tidurkan lelaki supaya bila kitorang keluar sungai diorang tak boleh nampak aurat kitorang. Yelah dengan baju basah semua. Nampak tak kebaikan kem ni? Then, kitorang naik boat pergi seberang, then jalan ikut kampung balik kem. Sampai dekat tempat kem tu dekat pukul 4.30ptg lama kan? Then kitorang diberi masa  untuk mandi. Aku terus speed masuk bilik mandi dulu. Habis mandi tu jumpa Yana dengan Rau pergi solat asar. Lepastu kitorang diberi masa untuk rehat sampai malam nanti. Petang tu pergi masuk bilik Yana, sebab bilik Yana sebelah chalet aku ja. Duk gelak sekali dengan Roommate Yana,  bercerita pasal cerita hantu dekat asrama diorang semua. Pergi chalet Syifa senyap senyap tengok dia tengah tidur. Amboi lena gila tidur dia ni. Lepastu, dia terbangun sendiri, katanya nak ikut kitorang sekali. Lepastu siap siap solat Maghrib dengar Tazkirah dan solat Isya. Malam tu kitorang ada permainan fireball. Mainan dia kelapa tu dibakar dengan api and kitorang kena tendang bola tu macam main futsal. Google ja permainan fireball. Seronok sangat. Habis hitam kaki. Balik tu aku tidur paling awal. Basuh kaki terus tidur. Lena tidur malam tu. Ya Allah, dah panjang dah entry ni. Nanti sambung lainyee.

Assalamualaikum.

-Gadis Sebelah Pintu

Post a Comment