home about linkies tutorial facebook twitter follow


♥Princess Panda♥

♥Aku hadir seperti pelangi, Datang mewarna. Dan tak lama akan pergi jua. Doakan aku saat ku tiada.♥

CBOX


ARCHIEVE



CREDIT

© 2013 - Skins by Adila , basecode Mayra and re-edit by Ifa.
'Hilang'
Thursday 25 December 2014 | 0 Comments


Lisa memandang sekeliling "Gelap gila." Bisik hatinya. Cuakkah dia? Tak mungkin. Ni Lisa lah, mana jenis yang cepat cuak. Kalau ada benda yang keluar dia dah siap sedia dengan skill silat yang telah dia kuasai. Dia terus melangkah tanpa menoleh ke kiri, ke kanan mahupun ke belakang. Pandang bawah kang nampak benda lain. Haish.

Jalan menuju ke dorm asramanya terasa semakin jauh pula. Selalunya dekat sangat masa yang diambil bagi berjalan dari Dewan makan pulang ke Dorm asramanya. Entah kenapa pulak malamni rasa panjang pulak masa.Terbit rasa menyesal kerana tidak pulang sekali bersama Syafa. "Tulah Lisa, jual mahal, kata berani. sekarang kau tengok. Jalan sensorang la gamaknya." 

Dia berjalan dan terus berjalan. Namun terbit rasa seram dalam dirinya saat terasa dirinya 'diekori' . Dia memberhentikan ayunan kakinya. "Haish, malaun mana pulak yang saja nak takutkan aku malam ni?" Seringkali juga dia diekori oleh beberapa peminatnya yang dianggap 'psycho'. Mana taknya. Minggu lepas dia terjumpa satu buku latihan yang penuh dengan gambarnya. Gila berani betul budak lelaki tu. Naik gila Lisa dibuatnya. Dia memarahi Zarif. Mahu terdiam, terkaku Zarif dekat situ. Syafa hanya mampu menggeleng kepalanya. Dia sudah biasa dengan perangai Lisa yang tidak suka privasinya dicemari. Syafa hanya menasihati Zarif supaya tidak mengulangi perbuatan sebegitu lagi. Takkanlah Zarif nak intip dia lagi, lepas kena marah teruk dengan dia? Mustahil.

Lisa makin laju berjalan. Dia tak kira dah, berani tak berani dia kena jugak berlari. Dia berlari melalui dari satu koridor ke satu koridor. Tercungap-cungap dia bernafas. Apsal rasa macam tempat yang sama je ni? Allah. Dia beristighfar dalam dirinya. Dia cuba menahan air matanya yang mungkin akan mengalir tak lama lagi. Dia teruskan berlari. Dia ternampak kelibat Syafa yang seperti menunggu kehadirannya di depan pintu dorm. Dia mengucap syukur. Dia berlari menuju ke arah Syafa. Dia terus memeluk Syafa. Lisa menangis semahunya. "Weyh, kenapa ni weyh?" Terkejut Syafa melihat Lisa memeluknya. "Sah ada apa-apa ni." Bisik hati kecil Syafa. Dia terus membawa Lisa masuk ke dalam Dorm. Dari jauh ada satu kelibat di hujung koridor. Terbit satu senyuman di bibirnya.

Lama jugak masa yang diambil bagi Syafa untuk menenangkan Lisa. Dia nak tahu apa yang buat Lisa jadi sampai macam ni. Mustahil Lisa akan menangis kalau kena kacau ke apa. Mustahil. Lisa ni paling tak suka menangis. Kena kacau tu bagi dia dah benda biasa. 

Syafa menghulurkan segelas air kepada Lisa. "Baca doa sambil tu selawat, Ayat Kursi jangan lupa." Ucap Syafa.
Bibir Lisa terkumat kamit membaca selawat serta doa. Dia meneguk air di dalam gelas itu. Licin.
"Thanks Syafa. Kalau kau takde tadi, aku tak tahu apa akan jadi." Lisa berkata setelah sekian lama berdiam diri.

Syafa tersenyum "Takde apa-apalah. Benda kecik weyh. Aku tunggu kau lama dekat bilik. Yelah, dah tengah malam, takkan kau tak balik lagi? nak berjalan dari Dewan makan ke Dorm kita ni mana ambil masa lama. Apa yang jadi sebenarnya?" Syafa menyusun bicara. Dia perlu tahu apa yang terjadi.

Lisa terdiam. "Benda tu kacau aku." Dia berkata.

Post a Comment