home about linkies tutorial facebook twitter follow


♥Princess Panda♥

♥Aku hadir seperti pelangi, Datang mewarna. Dan tak lama akan pergi jua. Doakan aku saat ku tiada.♥

CBOX


ARCHIEVE



CREDIT

© 2013 - Skins by Adila , basecode Mayra and re-edit by Ifa.
'Hilang' part 2
Friday 26 December 2014 | 0 Comments


"Huh??" Syafa tak tahu nak buat riak apa sebenarnya.
"Kau kan dah biasa dengan semua tu? Takkanlah kau boleh sampai menangis macamni? peliklah kau ni Lisa." Syafa mengambil tempat di sebelah Lisa. Dia memandang Syafa sejenak "Kau ni cakap tu biar perlahan sikit boleh tak? dibuatnya Atirah bangun tidur, tengok mata aku merah ni, mau tak jatuh malu aku?" Lisa mengambil nafas sebelum menyambung.

"Ni Bukan benda biasa yang aku lalui. Setakat dia nak kejar, nak pitamkan aku tu aku bolehlah 'survive' lagi. Masalahnya benda tu siap kata dia nak bunuh aku, dia kata dia tahu semua pasal aku."

"Takkanlah, kau percaya? kut benda tu sengaja nak takutkan kau." Syafa bertanya lagi.
"Itu yang aku ingat mula-mula, tapi bila dah dia sebut nama ahli keluarga aku, sebut pasal peristiwa yang pernah jadi time aku kecil dulu, tak nya aku terkejut." Lisa membesarkan matanya.

"Lagi-lagi dia 'tutup' mata aku dari tengok jalan nak ke Dorm kita ni, tu yang aku berlari-lari tak sampai bilik. Asyik lalu koridor yang sama." Syafa hanya diam mendengar. Dia memandang lantai.

"Aku cakap dengan kau, kau boleh pulak tengok lantai? Apa punya kawan macamni?." Lisa berkata setelah melihat Syafa yang seperti tiada reaksi. Panas juga hatinya. Tolonglah bagi supportive message kat aku ke apa, ni boleh pulak dia pandang lantai. Hadooi.

"Takkanlah.. emm mustahil." Syafa terkumat kamit. Lisa pelik

"Hah?? kau kata apa Syafa?" Lisa bertanya. Dah kenapa dengan Syafa ni?

Syafa seperti baru tersedar dari lamunan "Err. aah takde apa-apa, Eh! emm. a aku rasa benda tu saja nak kacau kau tu. Yelah kau kan baru lagi Sekolah dekat sini. Takpun tu budak lelaki yang nak kacau kau?" Syafa cuba menyedapkan hati Lisa.

"Syafa ni dah kenapa? tergagap semacam." Dia berbisik di dalam hati. "Ermm yelah kot. Eh, pasal aku nangis ni, kau jangan bagitahu sesiapa tau? kalau aku dapat tahu yang benda ni sampai dekat pengetahuan geng 'Gertak' , kau orang first aku cari tahu." Lisa memberi amaran kepada Syafa.

"Elehh, ingat aku takut lea tuu. Aisyah Alisa kena kacau sampai menangis? kalau satu sekolah tahu mahu heboh dohh. wuuu." Syafa sekadar menguji Lisa.

"Kurang asam garam punya kawan. Kejam doh kau dekat aku. " Lisa membuat muka nak merajuk. Saja nak memain dengan Syafa sebenarnya. Lisa nak merajuk betul-betul? Eh, tolonglah.

"Alah, minah ni takkan nak merajuk kot? Lol, aku takkan bagitahu lah pasal apa yang jadi kat kau harini. Dah dahlah merajuk tu. Buruk. Macam ikan buntal dah aku tengok." Syafa tersenyum melihat perangai kawan dia yang sorang ni.

"Sebab kau sayang aku laa kan? sebab tu kan senanye? tell the truth jelahh, takyah nak kaver sangat ayat tu. Ikan buntal? aku kurus kot weyh!. Well, Sebuntal ikan buntal pun, kau sayang aku jugak. Tapi taknak mengaku sebenarnya kan?  Aahaha." Lisa tersenyum  girang. Tak sempat Syafa nak balas. Timbul satu suara.

"Woii pergi tidurlah weyhh, malam dah ni. Korang berdua yang berjaga malam ni nak jadi peneman setan laknatullah ke apa? Dahlah pergi tidur. Esok kan ada kelas Cikgu Asyikin." Atirah berkata. Habis hancur mimpi indanya tadi akibat oleh suara dua orang kawan sebiliknya itu.

"Yelahhh Madam..." Syafa dan Lisa berkata serentak.

"Weyh lampu tu, tutuplah sekali, Dibuantnya Warden nampak lampu bilik tak tutup lagi, mahu kena denda kita semua esok pagi." Atirah berkata seraya memeluk bantalnya erat.

"Yelahhhhhh. Bising betul Atirah ni kan Lisa?" Syafa bertanya memandang Lisa yang sudah terbaring di sebelah katilnya.

Lisa hanya mengangguk tersenyum. "Aku tahu pasal diri kau." Kata yang dilemparkan oleh 'benda' yang mengacaunya tadi masih teriang-iang di dalam fikirannya. Tak tahu nak definisikan 'benda' tu sebagai manusia atau makhluk Tuhan yang lagi satu..

Post a Comment